1441

KISAH DISEBALIK JALAN MAXWELL, RAWANG

TERBUKTI BERKESAN : JIKA KITA HANYA MEMBELANJAKAN SETIAP 10 SEN DUIT KITA MEMBELI PRODUK MUSLIM & DI KEDAI MUSLIM SHJ. APA AKAN BERLAKU ?

Assalammualaikum, selamat menyambut tahun baru 1441 HIJRAH. Jom sama2 BERHIJRAH hanya membeli PRODUK MUSLIM.

Hari ini sy nak KONGSI KISAH yg BERLAKU di PEKAN RAWANG, JALAN MAXWELL. Kisah ini telah diceritakan semasa hadiri kursus Bisnes.

Dulu di pekan Rawang Jalan Maxwell ini deretan kedai2nya diniaga & dimiliki oleh perniaga Cina sahaja pada tahun 80an. Sy masih ingat ketika kecil tahun 80an, hanya ada satu kedai org India jual rempah & satu gerai jual bunga oleh perniaga India depan panggung wayang REX.

TETAPI sekarang pd tahun 2019, hampir 95% deretan kedai – kiri kanan jalan ini yg berniaga orang INDIA, mereka yg mengusai bisnes di jalan ini. Selepas hampir 40 tahun. Perubahan ini bermula sedikit demi sedikit setiap tahun. BAGAIMANA IA BOLEH TERJADI ? Adakah secara TIDAK SENGAJA ? atau ???? BAGAIMANA ORG INDIA boleh kuasai EKONOMI & Hampair 95% DERETAN kedai di Jalan Maxwell skrg.

Semuanya bermula pd tahun 80an seorg pemimpin “S” yg disayangi kaum India telah melancarkan Kempen Setiap 1 Sen Duit orang India mesti DIBELANJAKAN di kedai Orang India shj. Tujuan utama utk meningkatkan ekonomi org India kerana pd masa itu di Malaysia, Mereka paling ketinggalan dlm ekonomi & ramai yg masih hidup susah. Hasilnya idea pemimpin S dilancarkan di Rawang dan berkembang ke seluruh negara.

Apakah yg disarankan oleh pemimpin S ini :

1) Setiap Org India MESTI BELANJAKAN SETIAP 1 SEN di KEDAI ORG INDIA shj. Jika tidak ada di kedai kita, baru beli di kedai lain.

2) Semua org India yg berkemahiran & pandai berniaga mengajar org India lain di kuil-kuil & tempat lain supaya ramai org India berkemahiran & lahir ramai usahawan India.

3) JANGAN benarkan setiap keperluan ORANG INDIA (Beribadah) diniagakan selain orang India shj.

Inilah 3 saranan yg dibuat ini pd tahun 80an dulu. Sekarang hasilnya org India ramai yg telah berjaya meningkatkan ekonomi & berniaga. Tahniah kpd pemimpin S mereka.

KISAH ini untuk kita ORANG ISLAM terutama bangsa MELAYU berfikir kesannya bukan masa pendek tetapi puluh tahun baru berhasil. Jangan kita SOKONG BELI PRODUK MUSLIM ikut MUSIM shj. Marilah SAMA-SAMA kita BERHIJRAH dengan MEMBELANJAKAN setiap 10 SEN duit kita di KEDAI ORANG ISLAM & PRODUK ISLAM.

HASILNYA :

1) MELAHIRKAN RAMAI perniaga Islam BARU yg boleh sediakan peluang pekerjaan kpd org Islam sendiri.

2) Meningkatkan EKONOMI org ISLAM & menambahkan kutipan ZAKAT.

3) Melahirkan BANYAK PRODUK HALAL yg dikeluarkan oleh ORANG ISLAM SENDIRI.

Akhir kata dari sy, JANGAN SALAHKAN BANGSA @ KAUM LAIN jika mereka berjaya. Kita yg tidak KISAH SELAMA ini.Ini semua SALAH KITA SENDIRI. Jadi bermula tahun baru 1441 HIJRAH, jom BERTINDAK membelanjakan setiap 10 SEN DUIT kita kpd PERNIAGA ISLAM & PRODUK MUSLIM.

Semoga perkongsian ini bermanafaat. Selamat tahun baru.

SALAM MAAL HIJRAH 1441